Kemeriahan majlis perkahwinan antara bintang sensasi alaf baru , AKANISHI JIN aka Mohd. Aliff Akanishi, dilihat paling gemilang. Perkahwinan yang terbina hasil daripada penyatuan 2 insan antara Jin dan Zue amat dicemburui oleh semua peminat di Jepun terutamanya. Namun, apakan daya hati bintang itu telah dimiliki oleh orang amat dicintai lagi disayangi. Sungguhpun dilanda pelbagai halangan mahupun rintangan dalam perhubungan mereka...Kini terbukti ia tidak lagi mampu dipisahkan.
Kelihatan para hadirin yang hadir pada majlis tersebut, kelihatan begitu teruja dan gembira. Di atas singgahsana yang tersenggam indah ala-ala taman berwarna putih dan ungu dihiasi mawar putih dan merah jambu, kelihatan Zue dan Aliff duduk tersenyum. Baju kebaya pengantin perempuan yang warna putih kemerahan untuk pengantin Zue amat sepadan wajahnya yang lagi berseri di hari bersejarahnya. Di samping baju Melayu pengantin yang dipakai Aliff juga sedondon dengan pasangan. Baju pengantin hasil ilham pereka Bernard Chadran, anak kelahiran Malaysia tidak mampu disangkal kehebatannya. Rekaan mewah dan eksekutif tapi keaslian Melayu masih lagi terpamer, sehinggakan ramai tetamu jemputan kagum dengan hasil ciptaannya. Jamuan perkahwinan itu dimeriahkan lagi dengan nyanyian daripada rakan seperjuangan Aliff, KAT-TUN serta rakan-rakan seperjuangan yang lain di Johnny's Entertainment. Tidak lupa juga jamuan sebegitu dihidangkan dengan tarian tradisional daripada Malaysia yang di jemput khas oleh Kedutaan Malaysia. Kini, tibalah saat dinanti...acara memotong kek 7 tingkat sebagai acara kemuncak majlis. Dalam masa yang sama, para wartawan tidak putus memberi laporan secara langsung, malahan para jurugambar juga tidak putus-putus untuk mengambil gambar pasangan sensasi untuk dijadikan tajuk utama yang dikatakan 'pisang panas' akhbar masing-masing. Sahabat baik Zue, Eastyarn,Fafau dan lain-lain juga tidak lepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan itu.
Kini, acara gemilang tamat dengan sempurna. Pasangan pegantin diberi peluang untuk berehat setelah seharian melayan tetamu kehormat dan peminat-peminat, di samping menjawab segala persoalan yang dituju oleh wartawan...memang tidak menang tangan.
"Akhirnya, semua dah selesai!" kata Aliff.
" Apa yang dah selesai, bang?" tanya Zue sambil baring kepenatan.
" Majlis kitalah, akhirnya u dah jadik milik i sorang. Yang lagi best tu, milik yang sah dari zahir dan batin." jawab Aliff tersenyum sambil menghempaskan badan di katil.
" Apa maksud abang dengan 'dari zahir dan batin'?" tanya Zue tersipu-sipu malu sambil cuba menanggalkan kelengkapan yang dipakai pada majlis perkahwinan mereka sebentar tadi..
Tiba-tiba satu pelukan erat Jin dari belakang Zek sambil berkata, " I tau yang Sayang pun faham dengan ape yang I cakapkan tadi, kn?". Dipeluk erat Zue seakan tidak mahu melepaskan.
Mata mereka bertentangan untuk beberapa ketika, tiba-tiba terdengar ketukan kecil dari luar bilik hotel yang didiami mereka.
“Aduh…sape pulak mengacau malam-malam ni? Tak boleh bagi peluang langsung!!” keluh Aliff.
“Abang pegilah tengok kejap. Manelah tahu,kalau-kalau , maka ayah abang ker?!” pujuk isterinya.
Dengan langkah longlai, Aliff cuba membuka pintu. Kelihatan 2 pelayan hotel tersenyum di depannya.
“Ya…?!” Aliff bertanya, sambil mengerut dahinya. Seakan pelik melihat perwatakan pelayan hotel sedemikian rupa.
“Selamat Pengantin Baru buat tuan dan puan. Nama saya Sakaki Hitomi dan ini rakan sejawat saya, Minami Yuriko. Kami diarahkan oleh pihak hotel untuk bertanyakan tentang sama ada encik dan isteri memerlukan apa-apa untuk santapan ringan malam ni.” Terang Hitomi.
“Oh,tidak…kami berdua tak perlukan semua itu. Sebab dalam majlis kami tadi pun dah banyak hidangan yang kami nikmati. Terima kasih atas pertanyaan.” Balas Aliff.
“Kalau begitu, kami minta diri dulu Encik…” Belum sempat pelayan itu meneruskan kata-katanya, Aliff mencelah, “Kalau tak ade ape-ape, harap kalian tidak mengganggu kami lagi,okay?!”
Pintu bilik hotel itu ditutup, namun ketukan kecil berulang kembali. Kelihatan Aliff hampir hilang kesabaran. Namun ditahan amarahnya itu, takut mengganggu suasana romantic alam perkahwinannya bersama insan tersayang sebentar tadi.
Pintu bilik dibuka lagi. “…ya,ada ape-ape lagi yang diarahkan oleh pihak hotel?” Tanya Aliff dengan nada keras.
Pelayan itu membalas dengan ketakutan, “Maaafkan kami Encik Akanishi. Sebenarnya kami berdua adalah peminat setia Encik. Kami datang sebab nak minta autograph Encik Akanishi. Pada majllis perkahwinan Encik tadi, kami berdua tak berpeluang untuk terlibat sama dalam sesi bersama peminat KAT-TUN tadi…sebab kami ditugaskan di bahagian makanan.”
Dengan nada mengeluh, Aliff berkata, “Okey, tak mengapa. Maafkan saya sebab bersiap kasar dengan kamu berdua sebentar tadi. Erm…kat mana kamu berdua nak saya sain?”
Dengan girangnya kedua-dua pelayan perempuan itu menjawab, ”Kat sini…” sambil menghulurkan buku catatan beserta calendar KAT-TUN edisi tahun 2008.
“Wah, kamu berdua ade calendar kami yer!!” Teruja dengan kesetiaan peminatnya.
“Yer…kami berdua beli buku ni selepas dapat gaji pertama kami berdua di hotel ini.” Angguk Yuriko diikuti dengan Hitomi.
“Okay…Dah siap. Ini dia…” Aliff menyerahkan kembali buku tersebut kepada mereka berdua.
Yuriko berkata, “Terima kasih Encik Akanishi. Maafkan kami sebab mengganggu Encik dan isteri malam ni. Kami doakan semoga jodoh Encik dan isteri terus berpanjangan hingga akhirnya.” Hitomi menyambung, “Kami sebagai peminat Encik Akanishi dan KAT-TUN juga tetap terus menyokong dan setia hingga akhirnya. Selamat Pengantin Baru buat Encik Akanishi dan isteri.” Kedua-dua pelayan kemudian beredar dari biliknya.
Sebelum Aliff menutup kembali pintu, dia ternampak 1 kad tergantung di tombol dalam bilik berkenaan. Selepas melihat kad tersebut, dia mengambil dan mengalihkan kad tersebut ke tombol luar biliknya. “PLEASE DO NOT DISTURB”
Sekembalinya Aliff ke katil, Zue tidak lagi berada di sana. “Sayang frust kot sebab lame tunggu aku melayan peminat aku tadi.” Kedengaran air mandian ditutup. Zue keluar dari bilik mandian.
“Siapa tadi bang? Lama abang layan kat pintu tadi..!” Tanya Zue.
“Pelayan hotel ni. Dia tanya kalau ada ape-ape santapan ringan yang kiter nak malam ni.” Balas Aliff.
“Kalau yer pun tanya, takkan lama sangat tercengat kat pintu..” Tanya Zue lagi.
“Hmm…mereka berdua minta autograph sekali tadi. Katenyer peminat KAT-TUN.” Balas Aliff lagi.
Dengan nada cemburu Zue berkata, “Peminat KAT-TUN ker peminat abang?!”
Tiada kata-kata dari mulut Aliff. Suasana menjadi suram. Zue semakin resah. Sedang Zue mengenakan pakaian tidurnya, Aliff memeluknya dari belakang sambil berbisik, “Sayang cemburu yer..!!” dengan nada seakan memujuk.
“Mane ade cemburu..Sayang tak cemburu pun.” Balas Zue dengan pertanyaan suaminya tadi.
“Habis tu, nape I Nampak Sayang macam merajuk jer. Tengok, muncung jer nie…Cemburu yer!!” pujuk Aliff lagi. Pelukan semakin erat.
Zue diam. Aliff berkata lagi, “Sayang, kamu tahukan yang I hanya sayangkan kamu. Kenapa, saying masih ragu dengan kasih-sayang I kat sayang yer!”
“Sayang, wangilah malam ni. Ade ape-ape yang istimewa ke malam ni?” Tanya Aliff dengan nada manja.
“Mestilah I wangi sebab I kan baru pas mandi. Lainlah abang…belum mandi dari tengahari tadi. “ balas Zue.
Aliff bermanja lagi, “Sayang yang tak tunggu I. Macam mane I nak mandi? I takut mandi sorang-sorang…”
“Tak payah nak mengada-ngada. Selama ni abang mandi pun sorang kn? Lagipun bukan ade hantu pun dalam bilik air tu. Sayang mandi tadi okay jer.” isterinya membalas.
“Tapi sayang, I nak sayang temankan I mandi…” rayu Aliff.
“Tak mahu…” Zue menolak.
“Kalau sayang mahu jugak, Nampak gayanya I tak ada cara lain lagi la, selain cara paksa.” Jawab Aliff. “Apa maksud, abang…?!Kyaaa…” Zue menjerit kecil apabila tiba-tiba didukung Jin.
“Turunkan sayang…!” rayu Zue pula pada suaminya. Namun belum sempat Zue menghabiskan kata-katanya, satu kucupan dilayangkan Aliff di bibir manis Zue.
“Sayang temankan I mandi yer?!” Tanya Aliff.
Zue mengangguk. Tak terdaya baginya untuk menolak pelawaan suaminya yang ingin dilayan umpama budak kecil. Namun, sikap itu tidak pernah dirasakan menyusahkan oleh Zue. Dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih-sayang suaminya terhadap dirinya sebelum ini, sudah cukup memberitahu bahawa...dialah INSAN YANG KU INGIN HIDUP BERSAMA SELAMANYA.
Sambil menuju ke bilik air, sempat lagi Aliff berbisik “I suker sayang panggil I dengan panggilan ‘abang’. ” satu lagi kucupan Aliff di pipi Zue.
Pipi Zue merah. Malu dan suker dipuji suami sendiri. “Harap kebahagiaan yang aku kecapi akan kekal selamanya.” Berkata Zue di dalam hati.
Rabu, 10 Mac 2010
CINTA ANTARA 2 BENUA [SIRI 2] ~PROLOG~
Dicatat oleh sya_blizz di 4:21 PTG
Label: multichapter
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


2 ulasan:
peace... ape name tu kejap zue, kejap zek...hoho
haha..gomen ne~zek-chan!!!
hait...i already manage it.
^^
Catat Ulasan